Kalau duduk rumah babysitter memang dia akan main dengan Abang Badrul dia jela.
So, 3 Jan 2020 kitorang hantar dia pergi sekolah.
And it was not easy guys. Physically. Emotionally. Haha.
2 hari sebelum Naufal sekolah, Teacher dia dah Whatapps dalam group kelas dia ' tips sending your child to school'. Haha. Parent hantar anak, pass je anak ke cikgu, lepas tu TERUS BALIK. Jangan pusing belakang lambai-lambai ke apa ke. Haha.
It was so hard. Terribly hard.
Naufal nangis, baring atas lantai taknak masuk sekolah. Dia ingat aku nak tinggalkan dia kat situ.
Lepas hantar Naufal pergi sekolah, aku masuk kereta terus nangissssss. NANGIS guys!! Haha. Najib gelakkan aku je. (Tapi aku tahu dalam hati dia koyak gak).
Sekejap-sekejap aku tanya Najib, Naufal ok ke. Haha.
Lepas tu nangis lagi teringat Naufal.
Nak tanya cikgu dia kang macam annoying plak kan. Sebab sekarang ni mesti cikgu tengah stress layan kerenah-kerenah budak-budak kat sekolah. Ni takkan aku nak tambah stress cikgu nak layan mak pak plak kan.
Ok sabar.
Ambil dia pukul 430 petang. Aku memang cuti the whole week.
Dia keluar sekolah muka bengkak nangis, hingus penuh hidung. Tapi senyum. Alalala sian anak Mommy.
And It goes for 2 weeks.
Alhamdulillah sekarang dah 3 weeks sekolah, turun kereta dah turun sendiri. Bag dah bawa sendiri.
Cuma bila aku naik kereta je dia nangis. Tapi Teacher kata 10 minit je dia nangis lepas tu okay dah.
Lega. Alhamdulillah.
Now dia dah join aktiviti kelas dia dah. Alhamdulillah.
Masa nak okay ni, hari-hari lah aku bincang dengan Najib is this the right decision or not hantar dia ke sekolah.
So, today aku bersyukur hantar dia sekolah. Banyak improvement yang aku nampak kat dia. Baru 3 weeks sekolah.
Tapi kena bagi masa untuk dia adapt the new environment. Mommy kena kuatlah. Kena KUAT. Haha.

No comments:
Post a Comment