Wednesday, 29 April 2026

The Bosses - NM and AAA

April was the hardest month for me this year.

Both bosses which orang penting disebalik kejayaan aku dalam kerjaya as a person, as an employee nak retired. Both bosses ni adalah orang yang super memahami dengan condition aku lalui, orang yang percaya dengan aku punya pace bekerja, orang yang memberi aku peluang, ruang, masa untuk aku grow so much dalam career and at the same time still boleh berfungsi dengan baik sebagai ibu kepada dua orang anak while her husband is abroad. Haaa, terasa banyak aku terhutang budi kan?

NM - Our Office Father
My HOD for almost 11 years. Father figure dalam department aku. The person with capability bertindak almost close to KLIA express punya kelajuan. Haha. Aku selalu cakap dia KLIA express. Sebab respon dia laju kalah KLIA express. Cakap laju, buat kerja laju, jalan laju. Eh semua lajulah.
Orang yang mudah dekat dengan semua orang. Kalau ada masalah, pegi je masuk bilik dia, cerita-cerita sikit, lepas tu kau tak sempat sampai kat meja kau balik, dia dah keluarkan email bagi solution. Haaa tahu-tahu masalah kau selesai. Macam KLIA express kan? Haha.

Bukan hal kerja je, hal anak-anak aku pun aku cerita and dia memang seorang boss yang memahami, mendengar and join sekali selami masalah yang kau ada. Entahlah, 11 years bekerja rapat dengan dia, aku boleh kata dia ni penyelamat aku, setiap kali aku ada masalah, setiap kali tu dia ada jelah. Dia tak kisah aku kerja dekat mana, asalkan kerja jalan, so aku bebas uruskan urusan aku, at the same time aku boleh buat kerja as project manager masa tu. 

Aku ingat lagi masa aku resign 6 bulan je tahun 2022 dulu, aku tipu dia aku nak stay rumah jaga anak, so mudah untuk dia sign surat resign aku tu. Kalau aku bagitahu aku pegi company lain, dia taknak sign. Sekali lepas sebulan aku join another company, dia dapat tahu, dia roger aku weh. Huuuu, aku punyalah malu. Tahu-tahu after 4 months kerja company lain, aku roger dia nak masuk PSI balik hahaha. Dia terus cakap 'pleaseeee come back. I will reserve you a position'. Alhamdulillah aku seronok dengan position baru aku ni, enjoy yakmat. Aku punyalah terharu, terus cinta simpul mati dengan PSI, pencen sini jelah.

Mid April lepas we had a celebration for his retirement dekat Ulu Yam, sedih weh nak tengok dia pergi but every pertemuan akan ada ending kan. So nak tak nak kena terima. 







AAA - Our Van Diesel
My COO of the company for 25 years. 
Been working with him for almost 16 years. Especially masa aku duduk dekat project team dulu. Selalu kena present Project Planning and Risk Management Planning. Kena present kalau project tu high risk, selalunya high risk memang aku jelah dapat huuuu. Dia always tanya aku WHY, WHY, WHY? sampai aku jem. Hahaha. 

Aku taklah close dengan AAA macam aku close dengan NM, but its good enough to buat aku sedih bila dia pun nak retire.

Personally, disebalik apa yang aku dapat di PSI ni aku tahu dia salah seorang penyebab terbesar yang membantu (dengan izin Allah). Salary increment is one of it. 
I still remember tahun 2014 bila aku minta cuti kahwin 30 hari hahahaha, dia borak dengan aku tepi pintu office, masa tu aku baru sampai, dia pulak lepak tunggu sape entah dekat pintu tu. 'Cah, awak betul ke perlukan cuti sebulan untuk kahwin ni?' Sambil tunjuk muka tenang, garang and confuse kenapa aku perlu cuti sampai sebulan. Lama weh untuk cuti kawen hehe. Dia tanya sebab dia kena luluskan cuti aku tu, end up lulus juga. Dia datang ye majlis kahwin aku dekat Melaka.

Aku ingat juga tahun 2021, masa tu company baru nak recover from covid, aku pulak letak surat resign yang pertama hahaha and if aku stay PSI, aku perlukan 4 digit salary increment sebab so and so and I really need that much of increment, ini aku ingat sampai aku matilah. Alhamdulillah dia luluskan aku dapat increment tu. Pastu aku letak surat yang kedua tahun depan tu plak, haishhh memang aku rasa aku mengkhianati PSI. But that time hanya Allah je tahu aku burnt out macam mana duduk project team. 

So semalam kitorang buat intimate farewell untuk AAA. Dalam 30 org yang close sahaja yang join, mostly orang-orang lama PSI yang masih di PSI lah. Aku macam biasalah takde cakap apa dengan dia sebab nanti aku nangis lebih dari cakap haha. 

So habis farewell tu aku whatapps lah dia panjang dan dia pun reply panjang termasuklah dia bagitahu apa yang aku kena buat, apa yang dia pandang pada aku. Haha. 

Pagi ni sampai office, bertembung dengan AAA depan office, dia senyum lebar pandang aku sambil lambai. Hahaha aku suka moment tu. Aku keras mcm tu jelah sambil cakap 'morning boss', pastu sengih sampai ke telinga. Esok dia last day weh.








Both bosses ni memang ada special spot dekat hati aku sebab both ni banyak membantu aku dan percaya dengan aku and bagi peluang yang luas untuk aku. Aku grow so much dekat PSI. 

I will always keep you both in my Doa. 

Thank You Boss - This meant more that you know.

Wednesday, 10 December 2025

Osaka, Japan 2025

Kitorang ke Osaka Japan 16-22/10/2025.

Sekarang baru ada mood nak menulis dekat sini. 

Sebab harini teringat Japan. Rasa nak pergi lagi. After 2 months tak rasa pun nak pergi lagi.


Asalnya plan ke Japan ni sebab Naufal tengok Youtube Jaws Ride dekat USJ. Dia tengah gila Jaws sekarang ni, so apa-apa berkaitan Jaws dia akan tengok. 

So dia cakap dengan Najib yang dia nak pegi USJ.

Hmmm.. ayahkan, mana boleh anak minta, terus je 'okay kita pegi Japan hujung tahun'.

Masa tu baru bulan 2 tak silap.


Book ticket bulan 6, book Universal Studio Japan Express Pass bulan 8, Book Airbnb bulan 9.

Makanya kami pergilah ke Japan.

Mula-mula tu rasa risau gak boleh ke dorang ni duduk dalam flight 7 jam sebab kami ambil direct flight. Alhamdulillah, mudah je. Dorang pun macam okay je. 

Masa pegi tu flight 2 Pagi, so the whole flight memang tidurlah.

Masa balik tu flight 11 pagi, so pishang sikit lah duduk dalam flight 7 jam.

Masa sampai Osaka tu, terus lapar and cari makanan halal area airport Kansai. Menurut Tiktok ada Ramen halal kat situ, so kitorang pun try makan. Oklah, takdelah sedap mana. Biasa je aku rasa. Sebabkan dah lapar, so habis jugalah. Masa tu risau juga Naufal and Aqeef ni boleh ke nak makan benda-benda macam tu, tapi nasib baik dorang makanlah juga but bukan favourite lah. Aku rasa dorang makan sebab lapar dah.


After that, ambil kereta and drive ke Nara Park tengok Rusa yang berlambak tu. Sumpah banyak rusa dia. Sampai ke bandar Nara pun rusa macam tak takut orang and kereta. So kau bayangkan jugaklah air kencing and berak rusa tu. Tapi sebab Japan ni sejuk, so bau dia tak bau sangatlah tapi kotorlah kan kena kasut. Tapi anak-anak enjoy bagi makan rusa, kena kejar rusa hahahaha.




Kami decide nak drive sebab nak mudah. Ramai ke Japan akan pakai public transport sebab public transport dorang memang reliable. Tapi biasalah, kitorang ni jenis malas nak bersesak dengan bag lagi, anak-anak lagi, so takpelah, sewa kereta for the whole trip.

Pilihan sewa kereta tu adalah pilihan tepat aku rasa sebab anak-anak aku malas jalan, so dekat Japan ni kau memang kena banyak jalan, naik tangga, jalan jalan jalan naik tangga naik tangga. Haha. Itu jelah yang aku nampak kat sini. Even atok nenek yang tua-tua pun dorang berjalan and dorang sangat bertenaga ye. Dekat Osaka ni, memang senang sangat nampak orang tua yang lingkungan umur 65-80 tahun berkerja. Jarang nak nampak budak muda yang kerja. Betullah tu Jepun ni negara orang tua.

Lepas tu semuanya kecil. Rumah kecil, toilet kecil, kereta kecil, kedai makan pun kecil. Eh semualah. Aku rasa orang Jepun kalau datang Malaysia, pergi rumah Aliff Syukri, mesti dorang sesat tak jumpa jalan keluar. Haha.

Selain tu, orang jepun ni memang sangat berdisiplin. Dua benda yang buat aku tak boleh lupa and kagum la.

1. Kalau kau nak lintas jalan, kau kena tunggu lampu melintas jalan jadi hijau, walaupun jalan yang kau nak seberang tu lompat 2kali pun dah sampai ye. Dorang tunggu weh. Dorang tak lintas weh. Aku kagum.

2. Ada sekali tu kitorang drive ke Kyoto lalu highway, suddenly card ATC (mcm TouchNGo) tak detect masa kami nak keluar from highway. Tak sampai 1 second eh, maksudnya otak kau tak sempat process lagi ni yang kad ATC kau tak detect, terus ada pakcik jepun ni contact thru video yang dorg sediakan kat gate ATC tu. Tak sempat nak buat apa-apa bantuan tiba ye. HAHA. Aku sebagai rakyat Malaysia memang kagum sebab kalau kat Malaysia, at least kau tunggulah 5-10minit kan. Atau kau forward reverse lah kereta sampai kad kau detect. Maybe Pakcik ATC tu dah seharian kerja takde kad yg problem, so kad kami yang first problem, dia semangatlah kot hahahahaha. Ok JOKE!

Anak-anak aku ni, pergi jepun pun nak nesting. One of the reason maybe sebab masa tu temperature 18degC, so memang sedap nesting. So sehari tu boleh cover satu dua tempat je, tak boleh nak pulun dari pagi sampai ke petang. Sayang juga lah tapi tulah, kalau dorang cranky, aku pun mood kelaut. So layan jela pace dorang tu. Setiap hari akan start keluar rumah dah tengahari. Japan ni terima matahari 5.30pagi, so by 5.30pagi tu dah terang dah. So kau bayangkan kami start keluar berjalan pukul 12tghari, so macam dah pukul 3petang Malaysia lag kan. Pukul 5.30petang gelap dah dekat Jepan ni.

Parking space memang limited and mahal. Sekali parking dalam sejam boleh kena charge dalam RM15. Dekat area rumah aku kalau parking sehari RM30. Ada sekali tu kena sehari parking RM100. Haha lantaklah, kitorg nak mudah. Tol dia pun mahal. Minyak petrol satu kali ganda je dengan Malaysia. But the experience driving tu lainlah weh. Maybe kalau nak jimat, tak boleg drive lah. Kami pilih selesa. Selain tu aku nak masuk ceruk-ceruk kampung, so jauh dari train station kan. So kena drive lah.


Next day kitorang cover sekitar Osaka je, ronda-ronda cari kasut and barang-barang. 










Lepas tu pergi ke Kyoto on the next day. Alah, malas nak tulis panjang-panjang lah. Tengok gambar jelah.

Ini dekat Kyoto.











Ini dekat Universal Studio Japan - Haa kalau nak pegi sini, sila ambil Express Pass. Mahal tapi berbaloi dari nak kena tunggu beratur sampai 2 jam untuk ride yang 5minute je. Kitorang memang beli Express pass. Express pass+Entry pass seorang dalam RM900. Mahal tapi sumpah berbaloi. Orang macam semut weh kat dalam ni.





























USJ ni acara kemuncaklah. Kitorang masuk pagi and malam. So masa dekat Harry Potter tu masuk malam, seeloknya masuk sianglah sebab kurang lampu, yela nak feeling2 Hogwart kan.

The next day tu kami ronda-ronda dekat Dotonbori and Osaka area.








Kami try dah beberapa makanan viral dekat Osaka kalau tengok Tiktok lah.

👉Halal Ramen dekat airport Kansai - 6/10
👉Honolu Ramen cawangan Kyoto - 6/10 biasa je nyah.
👉Butterbear dekat USJ - 2/10 Amendelah sedap macam tu. Aiyooo.
👉Takoyaki Kukuru Dotonbori - 7/10 - Oklah sedap cuma terlebih rasa halia.
👉10 Yen Cheese Coin - 7/10 - Rasa mcm wafer letak Cheese je, tapi sebab panas2 makan waktu sejuk, jadi sedaplah.
👉Dotonbori A5 Wagyu Halal & Burger - 7/10 - Biasa saja. Tapi sedap, tapi biasa je, kitorang makan and kena RM1200 ye. So aku rasa biasa sebab dengan harga tu Menate sedap lagi, ambil marble 9-11.
👉Halal Wagyu & Vegan Ramen Gyumon - 100/10. Ini memang sumpah sedap Ramen dia weh. Memang teringat-teringat dah balik Malaysia. Sumpah sedap, kena pergi makan weh. Tu gambar ramen dia kat atas tu.

Sepanjang dekat Japan, aku masak setiap hari sebab anak aku ni bukan makan pelik-pelik. Dorang nasi, bihun, kuehtiow haha. So aku bawah makanan 20kg gak. Habis licin semuanya. Beras, ayam bawang sayur, telur beli kat Japan. 
Ayam halal ada je tapi mahal, sekilo dalam RM30. Beras pun sama, beras sana mahal, sekilo dalam RM35.

Haaa, itulah cerita Jepun. InshaALLAH akan repeat lagi for the next journey pegi Tokyo plak time winter.