Tuesday, 24 August 2021

Mak Uda

On last Friday, 13/8/2021.

One of mak saudara paling aku rapat meninggal dunia due to covid-19.

Mak uda memang rapat dengan Abah. Dia pun duduk 10 minutes away from rumah aku. So memang selalulah dia datang rumah aku kalau abah datang Sungai Buloh.

Aku ingat 2 weeks before dia meninggal dunia, dia call aku and tanya kalau-kalau ada rumah nak sewa dekat area rumah aku. Anak dia nak kahwin on that weekend, so dia nak carikan rumah sewa untuk anak-anak dia. Dua orang anak lelaki dia nak kahwin minggu tu.

Suara dia lemah macam orang demam. Dia kata dia demam dah 3 hari sebab ambil vaksin. So dia ingat benda tu normal lah.

So the next day, dia sempat lagi pegi nikahkan anak-anak dia.

3 days after tu dia sesak nafas and buat swab test. It's positive. So masuk hospital Shah Alam sebab dah cat 4. After 4 days dah cat5 and terpaksa ditidurkan. Masa buat video call doctor nak tidurkan dia, dia memang taknak buat. Tapi to save the life, Pak Uda setuju.

After 6 days ditidurkan, she lost the battle. Meninggal dunia hari jumaat, 13/8/2021, 7.05pm. Alhamdulillah hari jumaat yang berkah.

Masa aku dapat tahu tu, aku nangis. Why her? Haih, tak baik pertikaikan. Along kata, orang baik pergi awal. Usually Mak Uda ni datang rumah memang rumah aku happening.

Aku tengok live video je masa Mak Uda dikebumikan. Kebumi pun kat Melaka and ramailah saudara mara boleh datang dekat kubur tapi tak boleh dekat sebab JPAM uruskan pengebumian dia.

Today, 24/8/2021.

Abah update pasal Mak Uda dekat FB dia. Knowing abah, dia tak pernah weh buat post macam tu dekat mana-mana socmed. I know dia rindu gila Mak Uda. Aku sedih baliklah.

Oh, 3 days after Mak Uda meninggal dunia, aku mimpi dia. Muka berseri-seri seronok. I know she in a better place now and she deserved it. Dia suka sedekah macam-macam dekat keluarga dia. No wonder murah rezeki dia bila buat business. Ibu and Abah pun dapat duit belanja bulan-bulan from dia. Kalau nak pakai kereta dia pun, dia bagi je. Dari Honda City sampaikan ke Vellfire. Kau pilih je. Siap minyak full tank. Punyalah dia sangat tak kisah dengan keluarga.

I miss you Mak Uda.

Teringat angah nak jadi tukang kebun kat rumah banglo Mak Uda with gaji RM3000 sebab dah stress kerja kat PSI ni. Haha. 

No comments: