Kali ni percutian fully sponsored by Najib. Kata dia rasuah sebab 6 minggu tinggalkan aku dekat KL aritu. Huhu. I know he loves to make me happy. I am happy fat wife! Yeayy!
Travel on 1-4 Dec 2015. Flight ke Krabi pukul 1.30ptg.
Parking kereta dekat Putrajaya Sentral and took ERL to KLIA2. Sampai KLIA2 lambat juga sebab berlengah lengah jalan lenggang kangkung. Dah lah tak print boarding pass lagi. Nasib baik 20minit sebelum boarding time, semuanya settle. Dah lah orang super ramai. Selasa kot. Apsal ramai macam hari jumaat. Takpa.
Sampai Krabi pukul 1.55ptg. Time Krabi. Lewat sejam from Malaysia.
Ngam ngam sampai hujan pun turun selebat lebatnya. Kitorang stay dekat airport dalam 1 hour before ambil bus! Ye, amik bus ke hotel lagi murah dari amik taxi. Naik bus, tix sorang baru 150baht. If taxi 300baht/pax.
20 seats per bus. Macam bus mini. So kitorang punya hotel second last dia singgah so kitorang dapat sight seeing free lah area pekan Krabi. Kitorang stay Aonang beach which is located almost 20km from town. so perjalanan dalam 40 minutes lah nak ke hotel.
Kitorang stay dekat Pavilion Queen's Bay Hotel. Luas and murah. Hotel memang dekat Aonang, kalau nak jalan kaki ke pantai pun boleh. Luas hotel almost 65 sq m. RM230/night without breakfast. Ok sangat lah sebab bilik murah siap ada buaian dekat balkoni. Boleh tengok sunset some more! Facing Aonang beach.
Sewa motor 230baht. Mahal dalam 30baht sebab motor ni motor baru.
On the way ke Emerald Pool tu kitorang singgah singgah lah memana yang kitorang rasa best. Singgah shopping mall dia macam Tesco beli power bank. Lepas tu singgah kind of JPO Krabi lah. Saja tengok tengok. Najib beli seluar mandi je.
Sampai Emerald pool pukul 2.30ptg. Keluar hotel pukul 9pagi. Ahaha.
Emerald pool ni kena parking kat luar and kena jalan kaki masuk ke dalam hutan for 800m. The view is so amazing. Kalau panjat sikit bukit from Emerald pool tu, dalam 300m, akan jumpa Blue Pool. Lagi lawa weh. Biru sangat air dia. Cuma tak boleh mandi sebab tanah selut. Unfortunately, sampai je Blue pool, bateri kong. Tak sempat ambil gambar. Boleh google Blue Pool Krabi kalau nak tengok gambar.
Ni kolam kecil kat pintu masuk. Tengok live lagi berbaloi weh. Cantik.
Emerald pool. Air jernih sangat and tak dalam pun. Paras bahu aku je.
Okay, on the next day, kitorang pergi island hoping for 7 islands. Air laut memang Malaysia kalah lah sebab memang sangat lawa dan jernih dan bersih.
Most of pulau dia view macam ni. Memang cantik.
Balik je bilik, terus pengsan. Huh, punya lah penat. Ahaha.
Last day dekat Aonang, kitorang jalan jalan habiskah duit beli souvenir. Pagi tu sempat pergi klinik sebab telinga aku tak dengar. Masuk air. Masalah betul aku ni kalau rendam kepala dalam air, senang sangat telinga masuk air.
Flight pukul 6petang. Bagi aku Krabi biasa je, sebab selain island hoping and emerald pool, takde lagi tempat best nak pergi atau nak buat. Water sport memang takde langsung. Tapi kalau nak jamu mata untuk air laut yang cantik, boleh lah ke sini.
Sampai rumah almost 12tgh malam.
Penat sangat! Tapi seronok sebab dapat spend time jalan jalan bersama before dia balik Brunei balik.
Thank you for the treat sayang!
I love you so much! May Allah bless our marriage until Jannah. Semoga dengan menggembirakan dan membahagiakan hati your wife, Allah murahkan rezeki you. Aamiinn.
I am so happy to have you as husband.
No comments:
Post a Comment