selesai mencari blazer untuk mohd hafiz. blazer, seluar, kemeja, tie semua beli kat Kamdar. murah dan selesa sangat. total baru RM201.25 :)
cerita dia mula sebab seorang pakcik taylor kat kedai Oxford's Taylor di Campbell Shopping opposite Sogo sugget kitorang beli kat Kamdar sebab ada yang murah.
sampai ke sekarang ni aku masih ingat lagi cara tenang pakcik tu layan kitorang yang masuk ke kedai dia nak cari blazer. memang dia pemilik kedai blazer *oxford's taylor* tu. price start from RM399 for blazer only tak termasuk seluar. ok memang totally out of budget. tapi layankan je sebab takkan nak nampak sangat out of budget dan buat muka oh-my-god-apesal-mahal-sangat! kan? padahal kira murahla tu kan kalau ikutkan. pakcik tu layan baik betul. i mean BAIK BETUL BETUL. ajar how to pilih blazer yang sesuai untuk kita. what should we consider kalau nak beli blazer. salah satu cara, kena peluk tubuh after pakai blazer, kalau selesa maksudnya sesuai la tu. been in the kedai dalam 15minit je. lepas try try, pusing pusing depan cermin, mohd hafiz pun kata,
'sedap betul pakai blazer ni pakcik, memang selesa betul. tapi da out of budgetla.'
pakcik tu gelak and cakap 'takpe takpe, pakcik bagi discount kat kamu RM300 la'
'masih out of budget la pakcik, hehe. tapi sedap pakai ni.' kata mohd hafiz.
pakcik tu masih gelak. IKHLAS! sambil pegang bahu mohd hafiz 'pakcik bagitahu korang ni ye, kalau nak blazer murah try cari kat Kamdar depan sana. RM99, RM199 pun ada. yela pakai tak selalu kan, nak beli mahal macam tak berbaloi.' senyum lagi dan memang ikhlas.
kitorang memang rasa bersalah sangat tak ambil blazer yang dia suggest kat kedai dia tu sebab Ya Allah, baik sangat sangat la pakcik tu!
pakcik tu tambah lagi 'tapi ingat ye yang pakcik ajar tu, mesti pilih betul betul blazer yang sesuai kalau tak nanti pakai tak selesa.' kitorang senyum sambil angguk bersalah. dalam hati memang kata, kalau ade duit lebih memang aku beli blazer dia. sebab ape? sebab dia baik sangat! and of course la sebab blazer dia selesa.
orang Melaka jugak pakcik tu. tapi Masjid Tanah.
keluar je dari kedai, terus terdetik dalam hati doakan agar perniagaan dia mendapat berkat dari Allah s.w.t. Semoga Allah memurahkan rezeki dia. Amin.
to be honest, da susah nak jumpa orang macam ni da.
apa pendapat korang?
oh ye, sepatutnya aku kena pergi Perlis kan rabu sampai jumaat ni *hari ni la* untuk RSV & Commissioning Perlis Power Station. tapi tak jadi. postpone sebab ade BCU fail di sana. kena tunggu lagi.
No comments:
Post a Comment