ahha.
tajuk macam seronok kan? memang seronok.
sabtu lepas sepatutnya family day iTEC dekat A Famosa water world. tapi aku tak pergi sebab mengantuk malas nak bangun awal. terus tido pastu dok lepak kedai abah sampai petang. malamnya layan bola kat dataran pahlawan mall with daus, ijat & hakim. lepas kecewa malaysia kalah dengan singapore, kitorang pegi jonker walk and balik. kalau aku tak perlu pegi kedah esoknya, sure aku lepak lagi dengan dorang. balik rumah, laju laju tido sebab malam semalam pun lepak dengan family makan asam pedas sampai kol 330 pagi.
ahadnya pepagi da gerak balik kl. amik barang ke office. then amik rosaiful kat rumah dia, then terus pecut pegi kuala ketil. nak kena hantar barang ke wireman. dorang tengah buat keje kat PMU Kuala Ketil. sampai sana, layan pisang goreng dan dok belek2 drawing, then sibuk2kan diri menolong wireman buat ape yang patut, then makan. pastu terus naik ke alor setar. esok meeting dengan TNB AM kat sana pasal projek Teluk Apau. cari hotel semuanya penuh. last2 seri malaysia jela.
hari ini. ye hari ini yang bestnya. sesat tak pasal2 sebab cari TNB AM tu tak jumpa jumpa. pakai GPS pun hampeh. pegi tunjuk tempat salah. nak dekat sejam jugak la sesat. macam siot. apesal aku rasa susah betul jalan kat alor star ni. tetiba nampak shahab perdana. mula la terkenang kenangan lampau kat sana? kenangan ape? haaaaahhhh itu yang korang tatau. ehhe.
telefon orang sana orang sini, jumpa jugak la TNB AM akhirnya. bila masuk bilik meeting je, makkkk aaiiiii nak dekat 30 orang dalam tu. gilossssss. meeting almost 4 jam. cite pasal plan nak start site work kat langkawi nanti.
lepas meeting terus ke Perlis Power Station. nak kena tukar transducer. hey! da dekat dengan langkawi ok! memang dekat jeti kuala perlis. siot! kalau takde keje esok aku da masuk langkawi ni. ajak rosaiful pegi skali. esok ade kerja pulak kat bayan lepas.
lepas tu pergi terus ke penang. on the way singgah beli limau bali. rosaiful pun excited nak beli. siap buat u-turn lagi tanda semangat nak beli. ahha. rm20 aku beli. tetiba rasa nak beli banyak. siap dapat free sebijik. ehhe. terus ke penang dan makan char kueh tiaw kat permatang pauh. layan jugak. lepak sana dalam sejam dua. terus masuk pulau dan skang di hotel yang super besar. tapi sorang! huh. tapi hotel tak la se-scary seri malaysia kat alor setar tu. super duper luas tapi SORANG! nak jugak mention sorang tu kan. ahha.
yang sangat kelakarnya. aku gelak sampai pipi sakit. aku dan rosaiful berjaya gunakan nama TNB untuk dapat rate murah kat hotel B-Suite ni. caranya? haha. mane boleh bagitahu. rahsia. wekkksss. kat mane mane hotel pun boleh dapat murah kalau guna nama TNB. ape? nak caranya ke? mane boleh bagitahu. abes la kantoi. hahahahaha. suka2!
so, malam ni sebab da penat drive dan berjalan dan gelak macam orang gila dalam kereta sebab dengan cerita pasal kuba=kuda rosaiful tu *ahahaha, aku masih gelak skang ni bai*, memasing kol 930mlm da masuk bilik hotel dan malas nak keluar merayau rayau.
tapi mode skang sangat excited dan RASA TAK NAK BALIK OFFICE NAK STAY SINI SAMPAI AHAD. boleh tak, nak ade kerja lagi hari rabu khamis dan jumaat!!!! pleaseeeeeee. malas nak masuk office sebab office tak seronok macam ni.
2 comments:
ehemm2...genbira nmpaknye..hukhukhuk
haha. berjalan. memang la suka. jom pegi sana nak? aku da tahu mcm mane nak dtg hotel murah. hahahah
Post a Comment