Friday, 1 April 2011

yabedabedu. di melaka sudah.

yabedabedu.

i am in melaka!

seronok bukan main lagi ye. macam da 10 tahun tak balik melaka. padahal baru 2 minggu tak balik.

kalau la bekerja pun ada cuti semester macam kat universiti alangkah seronoknya hidup patik ini. akan patik duduk bersenang lenang di kampung berminggu minggu lamanya. *tgh feel macam raja skang ni* malangnya itu hanya mimpi semata mata kucing.

oh. walaupun cuti tapi terpaksa jugak bawak balik kerja ke melaka. kena buat MOS. apesal la tangan aku ni berat nau nak buat MOS ni. 2 hari lepas main con da call. aku menipu kata aku busy gila ade FAT sampai hari isnin. dengan kejamnya dia jawab 'okey, macam tu awak hantar hari selasa'. cisnan betul la main con tu. aku ingat dia bagi postpone sampai jumaat ke. apesal la aku tak kata aku ade FAT sampai khamis ke kan. haishhh.

gerak balik awal juga. sampai melaka je aku terus servis kereta. esok ingatkan nak betulkan break kete. da berbunyi la plak. 

sepatutnya esok kaklin ajak pegi ber-aerobik reramai kat dewan japerun mane ntah aku lupa. tapi sebab aku balik kejap je, aku malas nak pegi. nanti lepak kejap je ngan ibu and abah. 

cerita pasal bersenam, aku da seminggu tak pegi gym. cessss. gembira la lemak lemak aku ni kan pasal dorang tak kena seksa. siap ko lemak, selasa ni aku start seksa ko balik.

udara melaka ni lagi nyaman dari udara KL. so aku rasa nak tido awal. nite peeps~!

No comments: