tahun ni tak sempat nak pikir 'sajak' ape yang sesuai ditujukan kat mohd hafiz. tak macam tahun lepas, ada juga 'sajak' nak tulis kat blog ni semperna our anniversary.
satu benda penting sangat sangat nak cakap kat mohd hafiz.
TINGGAL SETAHUN JE LAGI! :))))
yang ni pun nak cakap jugak:
1. terima kasih jadi ahlong/banker saya bila poket saya da start nak menangis.
2. terima kasih menerima lemak lemak saya dengan hati yang redha. terima kasih ajar dan ingatkan saya minum air soya pagi pagi kalau nak kurus. walaupun saya tak kurus lagi, saya tetap nak wish terima kasih.
2. terima kasih menerima lemak lemak saya dengan hati yang redha. terima kasih ajar dan ingatkan saya minum air soya pagi pagi kalau nak kurus. walaupun saya tak kurus lagi, saya tetap nak wish terima kasih.
3. terima kasih sebab sentiasa pinjamkan telinga dan bahu masa saya sedih mahupun bertukar menjadi mak lampir.
4. terima kasih sebab sayang saya dan sanggup susah untuk saya. ohhhhh~
5. terima kasih untuk lima tahun yang sangat happening. my life would not be as perfect as today if you were not Mohd Hafiz Ibrahim. ohhhh. sweetnya kata kata saya ni.
6. terima kasih daun keladi. kalau ade bagi la lagi.
sila telefon saya lepas baca entry saya ni ye. nak dengar awak pulak wish terima kasih kat saya. hihihi :))
mesti awak nak kata , 'terima kasih sebab jadi mak lampir dalam hidup saya'. walaupun saya selalu jadi mak lampir, tapi saya tak sama macam mak lampir sebenar macam yang awak tengok kat TV tu sebab saya pegi mana mana tak naik penyapu. saya naik BLM saya tu. tambahan lagi, saya sedikit terurus kalau nak bandingkan dengan mak lampir tu. hehe.
ok. nampaknya saya da terkeluar dari landasan. baik saya berhenti setakat ini saja.
I LAP U SO MACH LA.
Jangan risau. saya akan cuba 'menjual' lemak saya sebanyak 15kg pada tahun ni supaya pelamin kita tak runtuh pada hari perkahwinan kita. kang terpaksa awak nyanyi lagu pelamin anganku musnah. ehhe.
lagi satu, saya nak cici yang ada kaki dan badan boleh tak? cici saya da kepam dan da leper. tak sedap nak peluk :'(

No comments:
Post a Comment