Wednesday, 23 March 2011

Don't Abuse Animal.



ini entry yang sangat serius. aku rasa aku da penah tulis pasal benda ni. tapi aku nak tulis balik sebagai tanda ini adalah serius. entry dulu sila klik sini.


kucing dan anjing adalah antara haiwan peliharaan yang comman bagi manusia. populasi dorang pun memang banyak dan bukan dalam kategori haiwan terancam. tapi dorang dalam kategori haiwan teraniaya.

manusia kan diciptakan dengan akal. haiwan takde akal. so anything yang dorang buat, its all because of salah manusia. bukan salah mereka. mereka takde akal macam manusia.

contoh:
nenek nenek, makcik makcik kat kampung selalu salahkan kucing sebab kucing curi ikan kat dapur. bagi aku, tu bukan salah kucing, salah nenek atau makcik tu. da tahu kat situ ada kucing, kalau tak nak bagi kucing tu curi ikan, ko pepandai la simpan elok2 ikan tu kan.

kat sini aku mungkin banyak bagi contoh kucing sebab aku memang dari umur 4 tahun da ade kucing peliharaan. da biasa hidup dikelilingi kucing.

ini memang betul2 berlaku dalam hidup aku.
dulu masa aku umur 9 tahun, jiran kat area uma aku tu memang tak suka kucing datang rumah dia. kalau kucing datang, dia akan pukul kaki kucing tu sekuat hati dia. berlaku kat kucing aku tau. kucing aku balik, kaki terhinjut2. tak ke ko kesian? ye, kucing ni kalau ko bagi makan banyak mane pun, memang dorang akan lapar jugak. nak nak kucing kampung. penah suatu hari, kucing aku tetiba balik mulut penuh buih. aku bawak pegi klinik, vet kata kucing aku minum susu yang ade racun. memang sah la jiran aku punya keje since dia ade  letak susu kat belakang uma dia. just imagine! sanggup membunuh haiwan. hishh. 

please do not abuse animal. please please.
dorang ade hak untuk hidup selesa kat bumi Allah ni. kejadian dorang kat dunia ni, ade kebaikan yang terselindung. takkan Allah nak jadikan satu benda tu sia sia je. fikir fikir kan la. jangan ingat hanya kerana dorang tu haiwan, korang ada lesen nak buat ape je kat mereka. 

to be honest, akta perlindungan haiwan perlu diupdate dan dipraktikkan bersungguh2. hukum sape sape yang melakukan penderaan pada haiwan. jangan ambil remeh walaupun mereka hanyala haiwan. this is serious. ibu bapa kena mendidik anak anak supaya sayangkan haiwan.

kalau drive kat jalanraya, nampak kucing atau anjing kat tepi jalan, slow kan la kereta. so that, kalau dorang termelintas tiba tiba, korang sempat la nak tekan break.

ini memang janji aku, if aku ade duit yang banyak dan tak perlu kerja. aku memang bercadang nak bukak pusat peliharaan haiwan and at the same time aku nak jadi sukarelawan dalam membela nasib nasib haiwan kat luar sana. cuma sekarang ni aku tak mampu je lagi. just mampu bersuara di sini.

come on guys, haiwan mcm kucing dan anjing sangat dekat ngan kita. so again, PLEASE DO NOT ABUSE THEM. cuba la sedaya upaya membantu mereka. 

tak sedih ke tengok anak anak kucing yang kecil lagi, tak cukup makan, sakit, takde tempat yang selesa untuk dorang stay. kalau hujan, basah satu badan. sejuk lagi. last last mati sebab lapar dan kesejukan. sedihkan?

anggap kucing ni macam anak kita. mereka perlu disayangi.

tak kira la kucing ke anjing ke atau haiwan lain. mereka perlu disayangi.


*pesanan khidmat masyarakat dibawa oleh mak lampir yang penyayang.

8 comments:

http://www.oleole2u.blogspot.com/ said...

bukan antu kak limah ya

Syura said...

Mak lampir..mak lampir. (aku still tak tau ape mak lampir. hoho)

Ecah. Aku bukan orang yg suka kucing, aku takut dengan kucing (sebab gigi die besa, kuku die tajam).. Biasanye, aku buat tak tahu je kat kucing. Dan geram bila kucing selongkar bakul sampah kat rumah. Aku kejar diorang dengan penyapu lidi. Tapi tak to the extend mendera kucing (even diorang makan rabbit aku).

Bila aku tengok video perempuan ketuk kucing dengan payung, aku rase sedih. And terkejut. Aku ingat aku je orang paling garang kejar kucing dengan penyapu lidi. (Tak cukup tanah kucing lari kene kejar dengan penyapu lidi)

Reading yur post, make me realize cats are just helpless creature. I wish I can love cats more.. Maybe one day..

(Oh btw, aku dah tau mak lampir tu ape!)

Hasnin Hisham said...

Aisyah, sebenarnya orang tak tahu yang kalau kita berbuat baik dengan haiwan besar pahalanya di sisi Allah. Kebanyakkan orang tak sedar pun sebab ianya hanyalah haiwan. e.g: kita akan dimurahkan rezeki.

engineersaiko said...

kak zaini, hantu kak limah tu sopan lagi. mak lampir lagi dasyat.

engineersaiko said...

syura, hehe. finally ade juga sorang pembaca aku terrealize yg kucing is hopeless. takpe. aku paham ketakutan ko kat kucing. it just jangan abuse la. kira ko masih berhati mulia walaupun kucing makan rabbit ko. hahahaha. itu memang kelakar. but still, dorang takde akal. they just do anything to survive walaupun dengan memakan rabbit ko. hehe. nway, if semua org ade kesedaran, kucing atau haiwan2 kat muka bumi ni boleh hidup dengan selesa macam kita juga.

eh, kucing punya gigi tak scary la doh. gigi mak lampir lagi scary.

finally ko tahu jugak mak lampir tu ape. haha. scary tak? aku la tu. haha.

engineersaiko said...

beloved mummy, kan kan kan kak?
kalau kita buat baik pada haiwan, dorang doakn kita murah rezeki. allah maha mengetahui. please la spread the message. jgn abuse haiwan. kesian kat dorang. they are hopeless.

engineersaiko said...

haha. sorry2. bukan hopeless tapi helpless. apekah aku ni.

farah natasha said...

ye...betulll...dulu sy xsuke kucing okay...tp setelah jumpa atan aku mula belajar mencintai atan sepenuh hati...dan sekarang aku ada omer,atai,alip,aten,aneet,nini,apok....I LOVE MY CAT....huhuhuhu