Saturday, 12 February 2011

Cerita Pasal Valentine's Day

seingat aku la, selama lima tahun aku dengan mohd hafiz, tak pernah kitorg betul betul celebrate valentine's day. setakat wish ada la. itu pun masa tahun pertama couple. lepas lepas tu memang tak ingat langsung pun.

dulu dulu ada gak ura ura kata tak elok kita celebrate. since ada sejarah disebalik valentine's day ni.

rasanya sekarang ni pun da heboh diperkatakan pasal valentine's day ni kan. sampaikan Muhyiddin Yassin pun da cakap umat islam dilarang menyambutnya.

aku pun dok la buat research pasal valentine's day ni. after baca beberapa artikel, ni yang aku dapat simpul kan. here we go :)

Kisah pertama.

Ada kaitan dengan sambutan rakyat rom kuno yang dinamakan lupercalia. Lupercalia adalah penyucian diri dari 13 feb sehingga 18 feb. Pada hari ini, pemuda-pemuda akan menulis nama gadis dan dimasukkan dalam kotak. Nama gadis yang terpilih akan menjadi teman seks diaorang sepanjang tahun tersebut. Pada 15 feb pula, diorang akan sembelih anjing dan kambing, dan dua pemuda yang paling gagah akan mengambil darah tadi untuk disapukan ke seluruh badan serta dibilas dengan air susu. Setelah itu, perarakan secara besar-besaran dibuat dan dua pemuda tadi akan memukul gendang. Para wanita juga akan berebut kerana dikatakan ia menambah kesuburan mereka.

Kisah kedua.
Ada kaitan dengan kematian paderi St valentine. Terdapat dua versi untuk kisah ini.

1. Pada zaman itu, kerajaan rom amat memusuhi agama kristian. St Valentine merupakan pengganut agama kristian yang kuat dan aktif menyebarkan agama kristian. Dia telah ditangkap dan dibunuh pada 14 feb. Pengganut agama kristian menganggap ini sebagai pengorbanan. Dikatakan juga, dia telah jatuh cinta dengan salah seorang anak pengawal penjar, sebelum kematiannya, dia telah menulis sepcuk surat yang terulis from you valentine. Maka orang kristian mengenang hari ini untuknnya.

2. Raja rom menganggap tentera yang masih bujang adalah kuat berbanding tentera yang sudah berkahwin. Justeru, semua tentera telah dilarang untuk berkahwin, namun salah seorang tentera bernama valentine menentang keras dan dia telah melakukan acara pernikahan untuk semua tentera secara sulit. Setelah diketahui, dia telah ditangkap dan dibunuh.

Kisah ketiga.

Dikatakan disambut sempena kejatuhan kerajaan islam di Andalusia sepanyol. Korang tahu, masa itu, islam menguasai hampir 2/3 dunia. Andalusia lah tempat penyebaran sistem ilmu islam. Di sana lahirnya tokoh-tokoh ilmuwan islam yang terkenal. St Valentine dikatakan orang penting yang menjatuhkan kerajaan islam. Disebabkan itu, St Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat dan setiap kali 14 feb, rakyat menyambut unutk mengenang jatuhnya kerajaan islam.

Kisah keempat.

Ada kaitan dengan sifat burung mengawan pada 14 feb dan ini merupakan tradisi orang inggeris.

So, dari semua kisah tadi, korang nampak tak yang tiada satu sumber pun mengatakan yang Hari valentine ini ada kaitan dengan Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Sheikh al-‘Utsaimin berkata: “Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar”.
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam"
So, apa pendapat korang? Bagi aku dalam islam, tiada hari untuk kita specialize kan menyambut hari istimewa bersama kekasih. Hari-hari adalah hari kekasih. Kan? Toksahlah dok semangat tunggu 14 feb, baru nak beri hadiah, tak supriselah. He he.
nak celebrate juga ke?

No comments: