Sunday, 16 January 2011

Cerita Tentang Hidup : La la la Kerja!


Tajuk macam Meet Uncle Hussien plak kan?

Since lepas SPM lagi aku da start kerja. Masa tengah tunggu result SPM. Masa tu kemaruk nak kerja sebab ikut kawan kawan. Plus, bosan kot dok uma je 5 bulan. Masa aku cakap aku nak kerja kat abah ngan ibu, abah tak bagi. Ibu okey je. Abah takut kalau aku da kerja nanti, aku tak nak belajar lagi. Menangis nangis aku pujuk abah supaya bagi aku kerja. Masa tu plak aku da dapat tawaran jadi operator pengeluaran kat kilang TEAC kat Ayer Keroh. *wah, gitu* masa tu aku pergi ngan Manisah. Dua dua dapat kerja. Gaji boleh tahan,RM900 sebulan. That time memang rasa banyak betul duit tu. Tapi malangnya, abah tetap tak bagi. So, aku membawa diri pergi la amik lesen kereta. Aku amik lesen kereta kejap je since aku memang da bawak kereta secara haram sejak tingkatan 2 tanpa pengetahuan ibu dengan abah. Kalau dorang tahu, memang kaw kaw kena marah. Aku kawtim ngan makcik aku. Kalau balik kampung, mesti suh makcik bawak jalan jalan. Padahal pegi belajar kereta kat padang bola. Haha.

Lepas dapat lesen kereta, aku rasa bosan lagi. Aku pun kawtim ngan ibu pergi cari keje kat kilang area Alor Gajah. Ibu yang bawak pegi interview semua. So, last last dapat la kat satu kilang ni. Nama kilang tu Jobert. Tapi gaji mak aih sikit bebenau. Dapat rm480 sebulan. Tapi boleh la kan. aku dapat shift pagi. So masuk keje kol 7 pagi then balik 3 petang. Kalau aku kerja abah mesti tatau kan. sebab abah pegi kerja kol 8 pagi balik kol 6ptg. So, aku redah je keje masa tu. Naik bus kilang. Kol 545pagi da kena kua tunggu bas. Penah aku naik salah bas pun ada. Haha. Lama lama tu bila da kantoi ngan abah aku keje, ibu pulak yang hantar aku pergi keje. Abah okey plak bila aku da keje tu. Hehe. Aku kerja dalam 2 bulan je. After dapat result SPM, aku tak kerja da. Aku sibuk dok isi borang sana borang sini. Sempat jugak pergi Labuan jalan jalan dengan arwah nenek Kimbong masa tu. Ye, nama nenek aku Kimbong. Baru meninggal 2009 lepas.

Bulan April start result tawaran belajar keluar. Memula dapat Matrikulasi Penang, aku tolak. Then UIA pun aku tolak. Last Last dapat UNITEN. Okeyla. Belajau la kau kat sana

Bila cuti semester 2007, aku tak amik special sem since along nak kawen. Masa tu cuti nak dekat tiga bulan lebih. Aku pun start mencari kerja. Aku dapat jadi Pump Attendent kat Petronas Jejantas Ayer Keroh arah selatan. Dulu zool *ex bf aku* pun penah keje kat petronas ni. now, aku pulak. Kalau korang nak ke Johor dari Melaka ikut highway PLUS, korang lalu la petronas tu. Nama je petronas Ayer Keroh, tapi kalau ikut jalan dalam, dari uma aku dalam 15minit je. aku kerja dengan Massita dan Dilla. Masa kerja sini, mewah duit tips. Penah aku dapat tips dari Pakcik Singapura. Dia bagi aku rm50. Hehe. Orang singapura melayu memang pemurah tau. nak nak tengok muka selebet aku ni jaga pam, mesti dia rasa aku ni miskin tahap cipan punya. Tu yang dia bagi duit. Kalau ikutkan kumpul duit tips, setiap hari boleh dikatakan purata dapat dalam RM15. Petronas tu ramai orang singapura singgah. So, duit gaji aku tak usik pun sangat. Sebulan dapat dalam rm1000 kalau OT hujung minggu.

Lepas dua bulan kerja, bos aku yang kedekut tu *ye, dia memang kedekut taik hidung masin. isteri dia baik* nak naikkan pangkat aku jadi supervisor. Aku memang seorang yang rajin dulu. Ye, hanya dulu tidak sekarang. Buat pengetahuan korang, aku menipu bos aku. Aku kata aku tak belajar lagi da. Tapi terkantoi sudah. Terpaksala aku bagitahu dia tentang hal yang sebenar iaitu dia telah ditipu aku serta massita dan dilla. Kah kah kah. Tapi nasib baik dia okey. So, tak jadi la nak naikkan pangkat aku.

Kerja kat petronas tu enjoy tau. tak macam keje kilang. Keje kilang ni kena kerja macam robot. Keje kat petronas tu boleh pandang pandang jeling jeling lelaki hensem yang singgah. Ramai gak artis singgah. Tapi semua artis yang singgah tak hensem kecuali fizz fairus yang sangat peramah itu.

Ade dua tiga gambar aku amik masa kerja kat petronas. Video pun ade tapi video mengarut ngan si Shakir. Masa aku nak berhenti, dia ade hadiahkan aku patung Pooh. Sedap peluk tau patung tu. Gebu je. haha. Mohd Hafiz sampai sekarang bengang je aku simpan patung tu. Aku suh dia belikan lain, dia tak mau pulak. Dia kata tak elok letak patung dalam uma. Alasan tu der. Yang dulu dia bagi aku si Cici tu ape cite. Da kepam da Cici tu.

Jom layan gambar dan video. Zassss.

gambar kecik cinonet ni aku tak tahu la macam mane boleh kecik. lelaki yang tengah tengah tu la bos aku. aku sebelah kiri dia. sebelah kiri dia ok bukan sebelah kiri korang.

walau ade kereta, posing tetap posing. massita dilla dan aku.

haha. pose lagi. lantak la pasal kete tu.

disebabkan tenet macam siput, video tak dapat diupload. nanti la aku upload. aku malas nak tunggu. lambat la.

2 comments:

LUBUK SEGALA INFO said...

posh beg diaaa.... xhengattt.....!!!! bahahhahhaaha

engineersaiko said...

banyak duit tu. hari2 bleh dapat smpi seribu tau.