masih mengenai bukit tinggi.
rasa macam sikit je gambar aku amik. rupa rupanya banyak.
meh aku nak review sikit pasal Colmar Tropicale Berjaya Hill Resort ni.
ni bilik hotelnya. aku duduk bangunan Azalea. aku bleh rate kan bilik ni 3/5. air sejuk nak mandi takde ok. tak berfungsi. air panas melegak smpi boleh masak maggi ade ah. so, terpaksa aku mandi guna air sinki.
ada juga aktiviti lain yang korang boleh buat kat sini selain dari ambil gambar je. tapi sumpah weh, aktiviti membosankan. kalau tak membosankan pun, mesti harganya mahal macam paintball & cycling.
boleh beli hadiah kat sini. i tell u, mahal mak ai.
boleh tengok swan putih dan hitam. masing masing ade dua ekor.
boleh buat drama jugakk. hehe. david teo boleh jadikan ni lokasi pengambaran. amik yang baju hijau tu berlakon watak diva. haha.
boleh main permainan tikam tikam macam kat funfair.
boleh beli benda alah ni. ade yang da siap color. ade jugak putih je. so korang bleh abiskan masa dengan meng-color-kan benda alah ni.
boleh cycling. harga 2 jam pertama RM30. tapi korang kena bagi deposit RM500!
hah. ni paling disukai ramai. aksi gelekkan manja gadis rusia. juling bijik mata abang abang yang tengok. rosak akidah. hahahaha.
boleh mengurut jugak. sejam rm100. mahal mahal.
snooker pun ade. rm3/game. ok la yang ni. tak mahal.
selain aktiviti aktiviti ni, korang jugak boleh bawak anak anak ke taman binatang. ade rabbit park, kuda padi pun ade. ade jugak japanese house which sekali masuk rm25/person. korang boleh la tengok rumah japan dan pakai pakaian jepun, kimono. 1 kimono rm25/person/sekali pakai. ada paintball, rm60/person and deposit rm1000! hambik ko.
hmm, kesimpulan yang aku boleh buat. korang kalau nak datang sini, dok dalam 3 4 jam boleh ah. lama lama memang bosan kecuali ko ade duit lebih lebih nak rasa semua tu. nak tenang kan fikiran pun aku rasa macam tak bleh nak tenang je. haha. makanan pun sorang da rm50. so kalau nak datang, siap2 bawak bekal ok. tak berbaloi berbelanja kat sini.
ok. habis pasal bukit tinggi.


















2 comments:
tahu takpe. mahal melampau.
dang. MAHAL NAK MAMPOS!
Post a Comment