Tuesday, 18 January 2011

Bandar Botanik

ahad lepas hari berjalan jalan sedunia untuk aku ngan mohd hafiz. since sabtu dia ada kerja, so ahad la pulak berjalan. bila cerita pasal berjalan, mesti la seronok je kan.

sabtu mohd hafiz pegi uma abang-kaya-nak-mati-dok-uma-harga-tiga-juta kat bandar botanik klang. abang tu suh dia setupkan studio. so nak kena la tengok tempat semuanya kan.

selalunya kalau dia pergi satu tempat tanpa aku dan dia rasa tempat tu mcm interesting je nak share, dia akan bawak aku ke sana bila dia free. so, dia rasa rumah abang tu interesting la then dia pun bawak la aku berjalan ke sana. *kitorg memang suka tengok uma orang kaya. usha line nak rompak. haha, takla.*
rumah abang tu pulak dekat ngan jusco bukit tinggi, klang. so lepas buat rondaan kat rumah abang tu, kitorang mengeyangkan perut kat jusco.
boleh tahan jusco ni. ade Guess, MNG dan butik2 mahal. macam Midvalley pulak aku rasa.

tapi kami terjatuh cinta pulak dengan rumah rumah kat bandar botanik ni. semua cantik cantik belaka. bandar pun macam tak crowded sangat.


ni gambar jalan kat depan jusco. saje amik gambar selipar. kitorang beli selipar tu kat Tesco The Curve. RM2.90 je. aku panggil selipar jamban. macam kan? haha.

selamat datang ke Jusco. Ni model obesiti air mineral. hehe.

saya mohd hafiz. saya nak tukar plan bodben saya dari RM48 punya ke RM98 punya. haah. yang pakej 6Gig tu. -berkata mohd hafiz kepada abang maxis.

ya allah, sape makhluk obestnyasiti ni?tu dalam plastik tu ade roti ok.
*kau memang makan je keje*

sebelum keluar sila bayar parking okey.

dalam kereta. on the way nak mencari laut. ye LAUT. tapi kenapa tak jumpa laut kat klang. bukan ke klang tu ade port. frust tak dapat jumpa laut. tapi kami masih tersenyum sebab ada roti! ye. kami memang suka makan.

masa ni sesat kat klang south port.
mohd hafiz kata "amikla gambar kontena tu. nanti dalam blog tulis macam ni, kami jalan jalan sampai tersesat then jumpa kontena banyak banyak ni kat south port"
kah kah kah. tak paham aku.


2 comments:

Syura said...

serius. umah2 kat tmn botanik tu, perggh x bole bla.. aritu aku round jugak area situ. bf aku dok andalas. ade 1 part kat andalas tuh, umah memang besa2 gile yg x hengat kete smpai 10 bijik kot..

aku selalu wonder, mn diorg dpt duit eh?

engineersaiko said...

serius cantik kan? jatuh cinta ngan bandar botanik la.

yela tu. aku pelik mane dorg dpt duit. kete 10 bijik tu kalau bagi aku 1 pun tak rasa agaknya. hehe