Thursday, 23 December 2010

cerita untuk minggu ini.

Betul-betul takde mood nak update blog. Bukan busy sesangat pun sampai tak boleh update. Tangan malas nak menekan-nekan papan kekunci ni ha.

Sepanjang minggu ni boleh dikatakan minggu yang busy jugak la dekat office.

Isnin ke PMU Cheras Jaya untuk inspection. Ada defect. Pergi sana kol 10pagi dari rumah dilla. Pergi ngan abang nasir. Tester terhebat. Hehe. Bila sampai sana, tetiba org TNB kata kol 12 kang baru start inspection. Memandangkan masa tu baru kol 10pg, kitorg pun pergi la merendek kat Jusco Cheras Selatan. Kol 12 datang balik ke PMU tu. Anddddddddddddddd actually defect tu da clear berabad lama da. Wohhh. Hadi maincon tu siap suh aku buat MOS la bagai. Cehh. So, tak jadi inspect. Tapi buat lawatan sambil belajar ngan abang nasir. Aku round roung la keliling PMU tu. Abang nasir pun terangkan la ape yang aku perlu tahu. Manyakkkkkkkknya. Segala teori yang aku belajar dulu dia terangkan. Bukan main detail lagi. Hmmm. Kan aku kata dia tester terhebat. Teori ngan praktikal tip top. Kalau aku boleh sedut ilmu dia kan best. So, dipendekkan cerita, aku blah dari PMU tu kol 1 tghari. Ngam ngam waktu makan. So aku pun pergi ke klinik si dilla. Lunch ngan dia. Kol 3ptg balik sungai buloh. Balik uma jela. Malas nak masuk ofis. Abang nasir pun tak nak masuk. Dia balik uma. Kol 630ptg kua ke mapley subang. Lepak ngan abang mizan, huda, abg Azlin ngan afham. Hari ni kan hari last abang mizan. So, lepak la.

Selasa. Mak Harvinder meninggal. So pergi ke uma dia kat setapak. First time aku pegi funeral orang bukan islam. Dia orang singh. Aku tengok mayat mak dia. Lepas keluar dari uma dia, kepala aku terus berdenyut-denyut. Kebetulan sakit la kot tu.

Rabu. Busyyyyyyy. Sibuk dengan documentation for as-built. Kol 9mlm baru balik. Hari ni yatie plan nak ke pulau redang. End of march ni. Can’t wait. Aku nak try snorkeling.

Khamis. Which is hari ni. FAT untuk Pasir Gudang. Aku tak terlibat. Huda terlibat. Sumpah, aku kesian tengok dia. Kelam kabut dia nak kena bersihkan ‘tahi’ yang orang lama buat. Siot kan. memang kelam kabut da panel and drawing pasir gudang ni. Aku nak kena submit as-built drawing tu by today untuk Cheras Jaya and Sungai Abong. Siap da. Cuma nak suh Chennai anta beberapa drawing kat aku.

result PMR keluar hari ni. goodluck adik adik. teringat zaman aku dulu. seronok sangat bila dapat tahu result PMR. aku dapat 6A 2B je dulu. yang B sure sure la english dan sejarah.

i miss those day when i was in school!

No comments: