Friday, 3 December 2010

26.11.2010 - First day in Chiang Mai


hai.

cerita kali ni tentulah pasal Chiang Mai & Chiang Rai. aku ke sana 26/11 - 30/11/2010. 5D4N. mungkin beberapa entry selepas ini pun pastinya berkisar pasal Chiang Mai & Chiang Rai. aku akan cerita ikut hari la.

memula mestila cerita hari pertama dulu kan. kita ke Chiang Mai dulu.

pukul 3 pagi da kena bangun da. since pukul 4 pg nak ke KLIA da from office by bus. flight will be on 710 am. abah hantar ke office since malam sebelum tu dia datang naik bus. bagus juga, aku tak payah tinggalkan kereta kat office lama lama.

waktu jam di chiang mai lambat sejam dari waktu malaysia. so, pada hari ini, aku hidup selama 25 jam. cuaca pun macam malaysia. mata wang dorg rm1 = 10.60 baht.

tapi masa memula aku sampai je kat Chiang Mai, dua benda aku rasa kagum tapi kelakar sikit la.

1. dorg bawak motor tak pakai helmet walaupun kat tengah2 bandar.
2. ini memang paling tak boleh blah, wayar elektrik kat tiang elektrik sangat messy. semua transformer letak kat H-pole. pelik pelik. takde sistem langsung. protection teruk sangat.


ok la. aku tak nak cerita banyak. let photos do the talking.


transit di Bangkok Airport. posing kejap sementara jalan ke A6 gate untuk flight ke Chiang Mai.

sekitar bandar Chiang Mai. On the way nak ke Hotel.

see. i told you. messy gila wayar elektrik kat sana. protection worst!

ni la hotel kitorang. hotel lotus namanya. ready nak pergi makan.

di depan kedai makan. hari first bebas melakukan aktiviti sendiri. so makan jadi agenda utama la. lepas kenyang, mesti posing skit =))

ni la nama restoren yang kitorang makan. sedap ok! berbaloi sangat walaupun kena byr hampir rm30/ person. tokey dia boleh cakap melayu.

after makan, pergi ke night market. di tengah tengah bandar Chiang Mai. harga sama je macam malaysia. barang barang kat malaysia lagi good quality la nak compare to Chiang Mai. Sempat jugak aku beli pape yang patut.


after penat berjalan. kitorg balik ke hotel. mandi mandi then turun semula ke lobby untuk mencari khidmat thai massage. best wooo! rm20/hour. murah kan?

No comments: