okey, sila abaikan tajuk. baca sampai habis baru anda tahu kenapa tajuk macam tu.
aku sedang menunggu conceptual tu di approve by TNB. da 3 minggu tak dengar any news. scary juga since kalau lambat sangat, project ni akan delay. da lambat dari dateline actually. sepatutnya time2 macam ni da start panel manufacturing da.
masa appraisal last friday, wak misai kata performance aku sangat la bagus. sampai dia bagi almost semua excellent. dia kata aku improve a lot. hmmm. bila keluar dari bilik dia, aku terfikir jugak, ape yg aku improve-a-lot nya?rasa macam aku ni tak pandai lagi nak manage project. scary untuk berhadapan dengan kelewatan. design lagi la hampeh. banyak lagi nak kena belajar. dia kata aku fast leaner tapi honestly aku rasa aku ni slow macam siput babi. takpe bos, jangan puji je. bonus kasi banyak sikit. gaji kasi naik. hehe.
sabtu lepas pergi tengok harry potter: the deathly hallows part 1 dengan mohd hafiz. sepatutnya pergi dengan dilla juga. tapi last minute dilla cancel sebab mak dia datang kl. cerita tergantung since part 2 akan keluar july. haishh. lama lagi tu. the deathly hallows is the finale. so after this takde lagi la harry potter.
ahad pergi lowyatt sebab mohd hafiz nak cari headphone. nak dekat 2 jam dok kat lowyatt semata-mata nak beli headphone. melayankan mohd hafiz la. headphone tu tak okey, headphone ni tak okey. payah juga melayan audio engineer ni. particular sangat dengan bunyi. rasanya selama aku kenal dia, lebih 10 headphone dia da beli. mahal mahal okey. kalau simpan duit tu, da boleh beli iphone 4 untuk aku.
jumaat pagi ke Chiang Mai until selasa. tak excited pun nak pergi. apesal ntah. hope ada sesuatu yang seronok untuk aku bawak balik ke malaysia. aku nak roaming line maxis aku, tapi kena deposit rm300. mahal nak mampus maxis ni. gila ape.
1 comment:
Lepasni pakai Flexiroam je kalau travel ok.. Tak payah dah pakai Digi ke Maxis ke.. Flexiroam ni RM10 je perday.. boleh cakap unlimited.. cuma byr call forward service je. :)
Post a Comment