Monday, 30 June 2025

Jawapan from Allah

Remember when I wrote on 11 March 2022, masa tu aku memang tengah ada problem dengan kerja baru aku.

Masa tu resign from PSI and join company B.

Remember I said,

Berlapang dadalah Aisyah, semoga suatu hari nanti kau jumpa jawapan kenapa kau ruin your career path.

Alhamdulillah. Allah dah bagi aku jawapan kenapa aku 'ruin' my career. Haha.

Allah nak tempatkan aku diposition yang lebih mudah untuk aku uruskan keluarga tanpa jejaskan emosi aku.

Alhamdulillah. To be honest, aku super selesa and in my comfort zone sekarang. Mudah untuk kerja, mudah untuk uruskan anak-anak.

Dulu hp tak henti bunyi orang sana sini call nak tanya pasal project status. Sekarang, hp boleh kira dengan jari berapa kali bunyi dalam sehari. Weh, itu nikmat. Allah saja yang tahu macam mana aku burnt out jawab telefon dulu. Setiap kali client call, benda apa plak nak tipu client ni pasal project delay. Benda tu tak best weh.

Sekarang, aku duduk diam-diam dekat design department, buat drawing, check drawing. Walaupun bosanlah kerja tu sebab routine, but its okay. I love my job now.

Cuma memang aim nak berhenti duduk rumah, maybe buat part time design. InshaAllah one day before my 45th birthday. Hopefully.

Thursday, 12 June 2025

Sabah

Memang rasa nak simpan sini. Haha. So old school sebab orang tak layan dah blogspot ni but me being me, ikut suka nak letak mana. Sini mungkin takde pembaca dah. So me and myself for a memories. 

Was planning to Sabah 6 months ago.

Tak tahu nak jalan mana dah dalam Malaysia ni. So we choose Sabah and decided to go sebelum school holiday. Terpaksa cutikan Naufal. Nasib baik masa kat Sabah tu sekolah buat Hari Sukan and ada cuti peristiwa, so selamatlah takde lah rasa bersalah sangat. 


Jadi, here we go. 






We stayed at Kinabalu Pines Resort dekat Kundasang for 2 nights. Bilik kitorang paling best sebab masa book 6 months ago, aku memang minta bilik paling clear view gunung Kinabalu. So dia bagi bilik paling atas bukit, ni view depan bilik kitorang. 
Bilik S4. Sila book kalau nak.




Jalan kaki nak ke cafe for Breakfast in Kinabalu Pine Resort







Tempat ni function teruk. Anak-anak happy. Mak Pak habis duit beli rumput seikat tu RM3. Apa-apa jela asalkan anak happy.




Situasi dekat sini kelakar. Serious.
Nama tempat ni Mesilou Golf Club D'Lengkuas Cafe. Kononnya bila tengok dalam tiktok, kemain cantiklah kan. Ingatkan nak healing2 tengok gunung sambil minum coffee.
Ya Allah, bila sampai tempat tu, aku and najib da macam off dah sebab memang tak seperti yang ditunjuk dalam tiktok, bila makin dekat dengan cafe tu nampak ada lalat. Ok, lepas tu makin dekat lagi sekali nasi campur daaa. Haha. Tapi lalat banyak gila. View memang cantik tapi makanan off.


Lepas tu abang Naufal ni mana boleh lapar sikit, start lah marah sebab makanan banyak lalat and tak boleh makan. 
Dia tatau yang mak pak dia tengah cuba kawal diri dari gelak berjemaah. Rasa kena prank dengan tiktok. Haha.

Cubaan menenangkan abang Naufal. Haha.

Then kitorang makan dekat Cafe ni, Puncak Kopisanangan. Dia punya Croissant sumpah sedap.

So Day 3, we moved to KK pulak and stay dekat KK 3d2n.











Kitorang stay dekat Shangri la Tanjung Aru lepas tu ambil terrace room facing to sea just to enjoy the sunset from the room. Katanya Tanjung Aru memang terkenal dengan sunset yang cantiklah. Camera tak boleh capture the beautifulness of the sunset. Subhanallah memang cantik. Kau rasa macam lukisan.
Tapi tu bukanlah alasan utama kitorang pilih Shangri-la. Knowing Shangri la memang hotel dia best. Kitorang ni pulak sejenis suka memerap dalam hotel je, so pilih hotel best sikit. Aktiviti kanak-kanak penuh sepanjang masa, so tak bosan.

From the room, morning view.


The only activities yang kitorang buat diluar hotel adalah makan ikan bakar Sabah Haha. Nasib baik sedap.

The rest, we stay in hotel and buat activities dalam hotel. Macam-macam boleh buat.

Lepas balik KL and face the reality.
Till next adventure!

Wednesday, 18 December 2024

Kuroky

Since a month ago dah start lepaskan kucing outdoor. Before this dorang memang berkurung je dalam rumah. Aku tak bagi keluar sebab takut hilang.

Tapi entah macam mana, Kuro and Cookie berjaya meyakinkan aku yang dorang boleh lepak-lepak kat luar tanpa hilang. Haha.

So sikit-sikit aku percayakan dorang. Kadang aku pergi kerja pun aku biarkan dorang lepak ambil angin kat car porch. Pagar always tutup. But ada satu lubang kecil antara dinding rumah aku and jiran sebelah yang bolehkan dorang merayau jauh sikit.

For all this while, Kuro akan mengayau ke rumah jiran-jiran dalam selang 4 rumah je, lepas tu balik.

Last Saturday, TIDAK YE! Dia tak balik.

Kitorang perasan pun lepas balik from rumah MIL dekat Taman Melati.

Balik rumah dah malam, lepas tu panggil-panggil tak balik. Cookie je yang ada.

Aduhhhhh, KURO HILANG!!

Memang emosilah. Tak sangka dia akan hilang. Cari keliling rumah almost 30min, sampai pukul 2pg lah. Punya risau. Kena marah dengan Najib lagi satu hal. Dia pun emosilah bila Kuro hilang.

Blast dalam group Taman. Hopefully ada orang nampak.

Selama 3 hari ni, setiap hari ronda panggil-panggil nama dia. Tak dengar apa-apa. Redha dah lah ingatkan orang ambil. 

Until this morning, ada sorang jiran call dalam pukul 6.30pg. Kuro ada belakang rumah dia tengah makan. Aku cepat-cepat pergi sana.

Alhamdulillah, memang Kuro. Aku ambil dia, terus masuk dalam kereta and bebel bebel bebel bebel sambil nangis. Huwaaaaaa seronok sangat jumpa Kuro.

Barulah rasa complete hidup. Before this cuba redha and tenang je, sebab dok rasa orang ambil Kuro. So tak rasa dia akan lapar. Tapi dia macam tak ikhlas redha and tenang tu. 

Laju-laju beli GPS, sangkut kat leher Kuro and Cookie. Tak sangguplah hilang lagi.

Sakit wei!

Ni ha suspek lari rumah.



Saturday, 17 August 2024

Buddies!

Our last meeting was a year ago. Lama tak lepak sama-sama.

After sooooo longgggggg, kitorang decide nak lepak on 13/8/2024. Caca tak dapat join sebab ada urusan keluarga. So here we go.

We've been friends since sekolah menegah lagi. Since that, memang rapat sampai sekarang. 
And dorang ni jela kawan sekolah yang aku masih rapat sampai sekarang. We have our Whatapps group sama-sama. Bukan yang lain tu tak rapat, tapi hmm to admit da makin tak rapat sebab urusan masing-masing lah kot kan. No reason.

Ini lah muka-muka yang akan dicari bila ada masalah. Semua jenis masalah dorang ni boleh tolong selesaikan. I am blessed to have so called sahabat. 

Oklah, bila ingat balik zaman sekolah, that's the best thing ever happened to us. Walau masa tu rasa nak jadi orang dewasa cepat-cepat, yelah konon jadi adult ni best. Haha, tak tahu ke adult ni nak kena deal dengan so many problems. Haha. Makan kat mana pun jadi masalah besar. Contohnya, us! Planning nak makan kat mana pun tooks almost a week to decide. Scroll tiktok like 1000 times hahaha. Payah jadi adult ni kan?

So after so many discussion and suggestion, kitorang decide to breakfast dekat Sejiwa, Tasik Titiwangsa. Tempat biasa je, cantik dalam gambar jelah. Kalau depan-depan, the cafe biasa je bagi aku. Tapi makanan sedap.

While lepak, borak and borak sampailah tengahari. Merapu macam-macam benda. Ingat and selongkar semua memori lama haha. Walaupun setiap kali jumpa, cerita benda sama. Tetap tak bosan kan.

After makan, shopping time. Lepas tu makan balik and borak borak borak borak. Haha.

Seharian lepak tak rasa weh. We need another 2 days to borak-borak haha. Baru puas kot.

So since tak puas borak, aku suggestkan semua kena ikut aku pergi camping hahahaahaha. Aku racun semua ikut aku. Semua kena bagi aku decision by end of the month hihi. 

Nampak semua setuju. Ok lets make it happen!

Alhamdulillah for this small circle I have. Tak perlu ramai pun. Too many more years guys! Too many more activities to share sama-sama. Marilah kita menua bersama hahaha. Mana tahu dah tua-tua pun boleh lepak macam ni kan. I LOVE YOU! 


Wednesday, 14 August 2024

On my 38th birthday

Post ni consider basi dah because it happened on my birthday this year. Baru ada mood nak tulis kat sini.

I am officially 28+10 years old on 15 March 2024.

On this date memang aku apply cuti sebab Najib kata nak celebrate somewhere. Tempat dirahsiakan.

To cut short the story.

We went to Locarasa, Bamboo Hills to celebrate my bithday. Ingatkan macam makan-makan biasa sambil dating-dating berdua. Rupanya dia dah arrange table, cake, hadiah and bunga. Haha. Biasalah Najib ni, bab-bab ni dia memang suka.

So aku macam kucing tersipu-sipu malu hahaha, sengih-sengih dapat hadiah, bunga, cake. Perempuan kan. Hihi.

So lepak-lepak makan and borak almost 1.5 hours. Borak macam-macam pasal kami. Sampai lupa dah ada anak. Eh lah over. Tak tak. Anak memang tak lupa.

Alhamdulillah. Suami saya masih sama. Masih suka celebrate-celebrat. Masih suka cakap manis-manis. Masih suka surprise-surprise. Hehe. Semoga Allah pinjamkan dia untuk aku for another 1000 years sampai syurga. Amminn.

Thank you sayang for your effort. I bagi you PS5 je, tapi you balas dengan gelang and cincin Habib idaman I. Hihi. Patutlah tanya soalan pelik-pelik. Ada planning lain rupanya. Oklah tahun depan gelang lagi eh hihihihi.